Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul...
Suamiku,
sungguh lancar sebuah akad,
terikat sudah segala janji,
tiada sudah segala penyekat,
diriku kini kau miliki.
Suamiku,
jika diriku diterima kerana kelebihan,
kau kan kecewa bila nampak kekurangan,
jika diriku diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang.
Suamiku,
moga jelas niat dan matlamat,
semuanya adalah keranaNya,
supaya hidup sentiasa berkat,
bahagia sampai ke syurga.
Suamiku,
kita dua insan berbeza,
cinta dan cita yang sama,
jadilah dirimu sebenarnya,
terimalah diriku seadanya.
Suamiku,
asam garam dalam rumahtangga,
khilaf dan salah pasti ada,
sama-samalah kita berlapang dada,
pemula maaf paling mulia.
Suamiku yang disayangi,
terima kasih akan segala teguran,
semuanya adalah untuk kebaikan,
sama-sama bergandingan tangan ke syurga idaman.
Suamiku,
berjanjilah padaku,
dengan kemuliaan dirimu,
kenalkan Sayang dan generasi kita,
pada kemuliaan Pencipta.
Khas dari isteri untuk suami ( special dedicate untuk suami saya)
(Edit sedikit dari sajak yang ditulis Fatimah Syarha Mohd Noordin dan juga ada yang saya reka sendiri)
Doa untuk Pengantin
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.
“Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”
(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)