Saturday, August 24, 2013

Respek

Student life


"Kenapa aku tak lepas 'Patho exam' ni? Si Kay tu lepas pulak, padahal ada je soalan dia tak dapat jawab tadi. Huh, asyik-asyik aku je yang tak lepas 'oral exam'. Nape orang lain mudah je study mereka, aku asyik2 susah. Jeles la camni. Geramnya dengan si Kay tu," hati Sya memberontak. 

"Pssst, Nini, tolong aku soalan ni please, Profesor tengah keluar tu, bagi aku 'hint' skit soalan ni, buntu tak tahu nak jawab ape ni jap lagi," Sya memujuk. "Tengok soalan ko skit, aku tak nampak," Nini mengerling ke kertas Sya untuk membantu. "Ooo, soalan ni ke, point dia, bla bla bla...," Nini membantu Sya.

Work Life 


"Syok giler kerja kat bilik sakit puan ni, hari-hari dapat cuci mata," Syah tersenyum sendirian. Syah ni memang suka mengatal, sejak dari bangku sekolah lagi. 

Fifi seorang ahli farmasi sedang memadamkan sedikit 'expired date' ubat paracetamol. "Untungla aku, harapnya tiada yang perasan aku jual barang 'expired', orang kampung ni bukannya jenis 'particular' sangat,".

"Pakcik, dah siap dah ni servis kereta, harganya RM200". "Oh, cepatnya, terima kasih la Ali, lancar skit kereta pakcik lepas ni,". "Ye la, nanti datang sini lagi yer," muka selamba Ali terima duit pakcik itu tanpa rasa bersalah. Ali tak servis sepenuhnya kereta itu kerana dia tahu pakcik tu taktau apa-apa pun pasal kereta. Ali suka keuntungan.

Family Life 


"Kamu nak keluar dengan siapa ni, Nini?," mak bertanya. "Keluar dengan Sya, mak jangan risau yer, Nini balik awal ke rumah," Nini menyakinkan maknya. Walhal Nini keluar dengan Ali, si mekanik kampung, bercinta 'monyet'. 

"Sayang, abang ada 'outstation' 2 hari di Langkawi. Abang pergi dulu yer,". "Ye la abang, setiap minggu ada je'outstation', tapi takpe la, sayang percaya abang keluar untuk mencari rezeki untuk keluarga kita, pergilah abang, sayang redha," ikhlas kata-kata isterinya. Suaminya, dalam diam, menyimpan isteri kedua di Langkawi tanpa diketahui isteri pertamanya.


Allah Ar-Raqib (The All-Watching)


Situasi di atas adalah biasa dan sering didengar, malah mungkin terjadi di dalam diri. Mudah sahaja untuk berbohong dan bercakap hal jahat di dalam hati, sebab kita tahu tiada siapa pun yang tahu melainkan diri sendiri.

Tidak! Allah hadir sepanjang masa dengan kita. Allah mendengar apa yang kita kata dan buat tanpa memberitahuNya. Kita mampu untuk sembunyikan dari profesor, bos, kawan, ibu, ayah dan isteri, tapi kita tak mampu sembunyikan apa-apa dari Allah Maha Mengetahui.

Malaikat 


Allah juga hantarkan malaikat untuk menjaga kita sepanjang masa. Malaikat kiri dan kanan sentiasa ada untuk mencatit segalanya. Dosa pasti dicatit, amal juga dicatit. Bayangkan malaikat itu ibarat CCTV, pasti kita tak nak buat kan. Respeklah malaikat di kiri kanan dengan tidak berbuat dosa. Respeklah malaikat kiri kanan dengan perbanyakan kebaikan.

Best kan, bila buku rekod pelajar, ada warna hijau berbanding merah. Pasti malu dengan rakan sekelas kalau merah memenuhi buku. Penjenayah pula pasti malu dengan orang kampung setelah keluar penjara. Begitulah perasaan yang seharusnya ada jika berbuat dosa. Malu dengan Allah, malu dengan malaikat. Apa kata positifkan kehadiran malaikat itu dengan melakukan kebaikan sahaja, bila ada rasa busuk hati, cepat-cepat ingat, ada yang mencatit. Sebab apa? Sebab taknak dimalukan nanti bila segala dosa dibentangkan di akhirat kelak. Malunyer!!.

4 syarat mustahil


Kisah seseorang yang meminta izin untuk berbuat dosa. 'Scholar' memberitahu boleh untuk buat dosa tapi dengan 4 syarat, pertama carilah tempat selain bumi, kedua carilah di tempat yang Allah tak nampak, ketiga cari orang yang boleh memberi kehidupan dan keempat suruhlah malaikat kiri kanan meninggalkan kamu sebentar supaya boleh buat dosa. Akhirnya orang itu tak mampu nak berbuat dosa kerana 4 syarat itu mustahil untuk dilakukan.

Respek Pencipta 


Sepatutnya Allah Ar-Raqib lebih hebat daripada undang-undang manusia, polis dan tentera. Jika semua manusia menghidupkan Ar-Raqib di dalam jiwa pasti aman dunia. Tak perlu 1000 anggota polis untuk menjaga keamanan kerana Allah telah menguasai jiwa setiap insan.

Sentiasa basahkan lisan untuk menyebut Allah Ar-Raqib dan berjanji dengan Allah yang kita semua boleh menghidupkan nama Allah ini. Respek Allah, Respek Malaikat, Respek Manusia.


Sunday, August 18, 2013

Aku dan Mesir


Pembunuhan di Mesir, tak dilupa juga kepada siksaan kepada rakyat Syria, dan paling tak boleh dilupakan juga buat rakyat Palestin yang sudah bertahun-tahun berada dalam keadaan antara hidup dan mati. 


2 perkara yang aku muhasabah dari mereka. 

Pertama: Amal kita. 

Ujian mereka memang besar. Berdepan dengan jihad yang hebat iaitu jihad nyawa kerana Allah. Mungkin mereka sudah berjaya melepasi ujian-ujian jihad nafsu, jihad harta dan jihad diri. Maka sebab itu mereka diuji Allah dengan ujian jihad nyawa pula. 

Mereka sudah hebat dalam amalan seharian. Bacaan Al-Quran setiap hari, khusyuk dalam solat, menangis setiap malam berdoa memohon keampunan, memelihara akhlak yang baik, tidak bermain permainan lagha, memelihara mata dan tangan dari perkara haram, lisan penuh dengan zikir dan banyak dan banyak lagi perkara-perkara baik yang Allah sarankan.

Maka, ujian jihad nyawa semestinya yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang hati sudah dipenuhi rabbaniah. Syahid keinginan mereka, agar syurga dimiliki. 

Mutabaah amal seharian aku pun masih banyak lopong, apakah mampu aku berdepan dengan ujian seperti mereka? 

Kedua: Dosa-dosa kita 

Jangan dirasa jauh keadaan yang berlaku terhadap mereka dengan diri sendiri. Mungkin apa yang terjadi di sana adalah salah kita sendiri. 

Mungkin dosa-dosa yang aku lakukan penyebab mereka berkeadaan seteruk itu?

Adakah dosa aku ini punca kemenangan Islam masih jauh? 

"Ya Allah, adakah ini petunjuk dariMu agar aku meninggalkan dosa-dosa yang aku sukar tinggalkan?". 

Banyak perkara dalam diri yang perlu diperbetulkan agar Islam menang suatu hari nanti. Jangan dipandang remeh amal dan dosa dalam diri, kerana ia besar di mata Allah, walau tidak dapat dilihat pun oleh mata manusia lain.