Wednesday, December 17, 2008

Detik-detik permulaan..


Bila dihitung, hanya tinggal lebih kurang dalam 3 hari untukku bertolak ke United Kingdom.InsyaAllah persediaan untuk perjalanan baru 50% siap.Tiket kapal terbang sudah di'print',penginapan percuma di rumah kawan-kawan sudah dirancang.Persediaan mental dan ilmu sahaja masih belum bersedia sepenuhnya.Banyak buku dan modul-modul perlu dibaca dan otak perlu ligat berfikir untuk menjalankan tanggungjawab di sana nanti.InsyaAllah program FUIYO bakal menerima kedatangan rombongan dari Czech Republic..

Jumaat yang lepas,SMS atau nama panjangnya Sharing Mind Soul, berjalan seperti biasa.Apa dia SMS ni?Sebenarnya nama khas untuk kumpulan usrah(keluarga) yang aku bawa. Disebabkan 'demam jalan-jalan' dah terlalu merebak,maka aku pun 'share' adab-adab mengembara daripada Imam Ghazali dalam satu slot SMS kami.

Antaranya iaitu:
1.membayar hutang
2.meninggalkan nafkah
3.membawa bekal yang halal
4.menjaga percakapan
5.memberi makanan kepada orang lain
6.memberi bantuan kepada rakan-rakan sekadar termampu
7.bersenda-gurau
8.memilih kawan sebelum memulakan perjalanan
9.mengembara secara berjemaah
10.melantik ketua jika melebihi 3 orang
11.solat istikharah dan solat hajat

Semoga kita dapat melaksanakan adab-adab mengembara ini sebelum,semasa dan selepas pengembaraan.Harap segalanya dimulakan dengan niat kerana Allah swt.Berdoalah kita kepadaNya supaya perjalanan kita semua disirami nilai-nilai islam,iman dan ihsan dalam diri.Berdoalah agar segalanya berjalan lancar dan moga perjalanan ini mengajar dan meningkatkan diri kita menjadi lebih baik tak kisah dari segi ilmu,akhlak mahupun pengalaman.

'Demam jalan-jalan' memang dah merebak.Sedangkan aku sendiri pun sudah tidak sabar untuk ke UK.Adik-adik dalam SMS sudah diberi 'homework'.Aku meminta mereka menceritakan segala ilmu yang diperolehi tak kisah sama ada tentang sejarah tempat yang dilawat mahupun tentang makanan yang terkenal di tempat itu.Selain itu,segala pahit dan manis pengalaman semasa pengembaraan juga diminta untuk dikongsi bersama. InsyaAllah kami akan 'sharing' segalanya di satu slot SMS selepas cuti nanti.hehe.Mereka turut meminta aku menceritakan juga pengalaman perjalanan aku di UK.InsyaAllah Sharing Mind Soul cuba direalisasikan....

Wednesday, December 10, 2008

Hari Raya di Czech

Suasana di pagi hari sungguh mengasyikkan.Tatkala mata terbuka dek pancaran sinar matahari.Hatiku turut melafazkan ucapan alhamdulillah atas tanda syukurnya aku pada yang Esa kerana nikmat memberikan nafas padaku untuk memulakan detik baru pada hari ini.

'Allahuakbar,allahuakbar,allahuakbar..',laungan takbir berkumandang dari peti suara komputer tersayang aku.Aidiladha disambut dengan penuh makna di bumi asing ini.Walaupun tanpa keluarga tercinta,namun sahabat-sahabat yang dikasihi tetap utuh bersama di sisi.

Sehari sebelum aidiladha,kami bersama-sama berpuasa 9 Zulhijjah 1429.Disunatkan buat mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji untuk berpuasa pada tarikh ini.

Pagi raya itu,sebenarnya kami serumah terbangun agak lewat.Namun,syukur padaMu kerana memberi kami peluang untuk merasa nikmat bersolat hari raya di Sokol.Terdapat salah satu dewan untuk pelbagai jenis aktiviti sukan di Sokol,di mana pada hari itu kami menggunakannya sebagai tempat kami melaungkan takbir aidiladha.MashaAllah.

Alhamdulillah ramai sisters Islam di sana,datang dari pelbagai negara seperti Arab,Palestin,Yaman,Algeria dan juga dari Czech Republic.Aku juga sangat gembira kerana berjumpa dengan Xena,seorang kanak-kanak lingkungan satu tahun lebih.Kami selalu berjumpa di Cerny Most.Seronok tak terhingga melayan kerenahnya yang tidak takut dengan aku.Xena duduk di pangkuan ribaku sambil kami menikmati juadah biskut bersama-sama.Ya Allah,terkenang aku pada anak saudaraku di Malaysia.Rindu.

Setelah selesai solat,menjamah makanan dan beramah mesra.Aku dijemput untuk ke rumah ibu Xena yang terletak di selatan Czech Republic apabila aku mempunyai masa terluang bila-bila masa.Kami bertukar-tukar nombor telefon.InsyaAllah,dengan izinNya akanku mencari masa untuk ke sana berjumpa dengan Xena yang comel lagi.