Tuesday, June 4, 2013

Keinginan Keperluan


Allah mentarbiyah kita dengan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan. 


Kita perlukan syurga. Namun, jalan ke syurga itu tak mudah, perit, pahit, penuh dengan tangisan, pengorbanan dan mujahadah. 


Tanpa disedari, bertentangan dengan keinginan kita yang inginkan keselesaan dan kesenangan dunia. 


Allah sentiasa menghalakan kita ke arah keperluan kita. Memberi ujian dan dugaan supaya hampir kepada keperluan. Dan terima kasih Allah, kerana memang itu yang diperlukan.