Suasana di pagi hari sungguh mengasyikkan.Tatkala mata terbuka dek pancaran sinar matahari.Hatiku turut melafazkan ucapan alhamdulillah atas tanda syukurnya aku pada yang Esa kerana nikmat memberikan nafas padaku untuk memulakan detik baru pada hari ini.
'Allahuakbar,allahuakbar,allahuakbar..',laungan takbir berkumandang dari peti suara komputer tersayang aku.Aidiladha disambut dengan penuh makna di bumi asing ini.Walaupun tanpa keluarga tercinta,namun sahabat-sahabat yang dikasihi tetap utuh bersama di sisi.
Sehari sebelum aidiladha,kami bersama-sama berpuasa 9 Zulhijjah 1429.Disunatkan buat mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji untuk berpuasa pada tarikh ini.
Pagi raya itu,sebenarnya kami serumah terbangun agak lewat.Namun,syukur padaMu kerana memberi kami peluang untuk merasa nikmat bersolat hari raya di Sokol.Terdapat salah satu dewan untuk pelbagai jenis aktiviti sukan di Sokol,di mana pada hari itu kami menggunakannya sebagai tempat kami melaungkan takbir aidiladha.MashaAllah.
Alhamdulillah ramai sisters Islam di sana,datang dari pelbagai negara seperti Arab,Palestin,Yaman,Algeria dan juga dari Czech Republic.Aku juga sangat gembira kerana berjumpa dengan Xena,seorang kanak-kanak lingkungan satu tahun lebih.Kami selalu berjumpa di Cerny Most.Seronok tak terhingga melayan kerenahnya yang tidak takut dengan aku.Xena duduk di pangkuan ribaku sambil kami menikmati juadah biskut bersama-sama.Ya Allah,terkenang aku pada anak saudaraku di Malaysia.Rindu.
Setelah selesai solat,menjamah makanan dan beramah mesra.Aku dijemput untuk ke rumah ibu Xena yang terletak di selatan Czech Republic apabila aku mempunyai masa terluang bila-bila masa.Kami bertukar-tukar nombor telefon.InsyaAllah,dengan izinNya akanku mencari masa untuk ke sana berjumpa dengan Xena yang comel lagi.
No comments:
Post a Comment