Pembunuhan di Mesir, tak dilupa juga kepada siksaan kepada rakyat Syria, dan paling tak boleh dilupakan juga buat rakyat Palestin yang sudah bertahun-tahun berada dalam keadaan antara hidup dan mati.
2 perkara yang aku muhasabah dari mereka.
Pertama: Amal kita.
Ujian mereka memang besar. Berdepan dengan jihad yang hebat iaitu jihad nyawa kerana Allah. Mungkin mereka sudah berjaya melepasi ujian-ujian jihad nafsu, jihad harta dan jihad diri. Maka sebab itu mereka diuji Allah dengan ujian jihad nyawa pula.
Mereka sudah hebat dalam amalan seharian. Bacaan Al-Quran setiap hari, khusyuk dalam solat, menangis setiap malam berdoa memohon keampunan, memelihara akhlak yang baik, tidak bermain permainan lagha, memelihara mata dan tangan dari perkara haram, lisan penuh dengan zikir dan banyak dan banyak lagi perkara-perkara baik yang Allah sarankan.
Maka, ujian jihad nyawa semestinya yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang hati sudah dipenuhi rabbaniah. Syahid keinginan mereka, agar syurga dimiliki.
Mutabaah amal seharian aku pun masih banyak lopong, apakah mampu aku berdepan dengan ujian seperti mereka?
Kedua: Dosa-dosa kita
Jangan dirasa jauh keadaan yang berlaku terhadap mereka dengan diri sendiri. Mungkin apa yang terjadi di sana adalah salah kita sendiri.
Mungkin dosa-dosa yang aku lakukan penyebab mereka berkeadaan seteruk itu?
Adakah dosa aku ini punca kemenangan Islam masih jauh?
"Ya Allah, adakah ini petunjuk dariMu agar aku meninggalkan dosa-dosa yang aku sukar tinggalkan?".
Banyak perkara dalam diri yang perlu diperbetulkan agar Islam menang suatu hari nanti. Jangan dipandang remeh amal dan dosa dalam diri, kerana ia besar di mata Allah, walau tidak dapat dilihat pun oleh mata manusia lain.
No comments:
Post a Comment