ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan, bangkit semula meneruskan lagi perjalanan,
ku memohon ketabahan kerana gelombang hidup dan dugaan mencabar,
ku anggap tiada jalan mudah, itu hanyalah suatu kejayaan yang tertunda,
kepayahan yang kurasakan mengajar erti kesabaran,
keperitan yang kurasa mengajar erti ketabahan,
sungguh insan memerlukanMu Tuhan,
di rimbun keampunan ku mencari keredhaan, melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa…
ku cari kejernihan di segenap ruang maya,
masih ku sedar, ku sedang diperhatikanMu Tuhan,
dengan rahmatMu, dengan kasih sayangMu, ampuni segala dosa-dosa ku ya Allah.
tetapkanlah hati kami,
jangan Kau bolak-balikkan hati kami yang telah Kau beri petunjuk.
berilah rahmat kepada kami.Sesungguhnya Kau Maha Pemberi..