Sunday, November 11, 2012
IGAMES dan IBADAH
Hari Minggu
"Sakit tangan selepas 3 jam main Volley, esok pula ada lagi latihan volley lagi, aduh perit dah tangan ni kena bola volley".
"Bola bowling 7 tiada tadi, terpaksa la main guna bola bowling 8, beratnya".
"Penat main squash hari ini sebab pasangan yang berlatih sangat cepat dan aktif ambil bola, kawan-kawan suruh berlari untuk dapatkan bola".
"Jadi position "Centre" untuk netball memang memerlukan kelincahan yang luar biasa, stamina pun kena kuat".
"Sakitnyer kaki lepas 3jam main futsal ni, huh".
"Perlu fikirkan strategi yang baik untuk badminton ni, lihat kelemahan lawan, gunakan kelebihan kita, We can do it".
Tazkirah
Di celah-celah kesibukan berlatih untuk IGames, tak dilupakan untuk menghadiri usrah. Walau kepenatan, perasaan untuk menghadiri usrah berkobar-kobar kerana tahu usrah membantu mentarbiyah diri.
"Alhamdulillah, semuanya hebat bersukan, semoga kepenatan, kesakitan dan kepeningan memikirkan strategi permainan diterima Allah sebagai satu ibadah".
"Bagaimana nak jadikan bersukan itu sebagai satu ibadah?" Urmmm, terpinga-pinga...
"NIAT yang mengubah sukan menjadi ibadah. Tanya pada diri, kenapa aku bersukan? Niat aku bersukan ini adalah untuk membina tubuh badan yang sihat agar mudah untukku laksanakan ibadah lain. Niat aku bersukan ini untuk melengkapkan salah satu muwasafat tarbiyah (tubuh badan yang sihat/ qawiyul jismi) agar aku dapat menjadi individu muslim dan individu muslim inilah yang menjadi tapak binaan untuk kemenangan Islam kelak."
Inilah contoh niat bersukan kerana Allah. Dengan niat inilah, setiap titik peluh kita, setiap tendangan bola kita, setiap kesakitan tangan kita dan setiap idea strategi kita, setiap langkah-langkah kaki untuk ke tempat latihan, setiap pandangan mata kita terhadap muka rakan-rakan kita, akan menerima PAHALA.
Tersentap
"Tersentap mendengar tazkirah itu, selama ini ada la juga niat berlatih bersungguh-sungguh untuk mengalahkan Olomouc, tapi sebenarnya rugilah kita berfikir begitu, sebab katalah kita tak dapat kalahkan Olomouc, apa-apa pun kita tak dapat, pahala pun tak dapat. Tapi, jika kita berniat kerana Allah, walaupun kita kalah, pahala tetap di genggaman. MasyaAllah. Jom la kita sama-sama betulkan niat kita kembali".
Sirah
"Bayangkan pedang untuk berperang dahulu kala, beratkan, boleh kata macam bola bowling agaknya. Namun, Rasulullah dan sahabat-sahabat, semuanya mampu mengangkat pedang malah mampu melakukan pelbagai aksi dan cara dengan pedang itu. Nampaklah mereka ini sungguh kuat tubuh badan. Tak dinafikan lagi, tubuh badan yang kuat memang penting untuk kemenangan Islam dan disukai oleh Allah swt. Bolehlah kita cuba angkat bola bowling tu sampai melebihi kepala la kan.."
Buat pemain-pemain IGames
Indahkan agama Islam ini, bersukan pun boleh dapat pahala tapi dengan syarat niatlah dengan betul. Sebagai tambahan, boleh juga kita niat untuk berukhuwah, jumpa ramai rakan-rakan lokaliti lain, lapangkan hati semasa perlawanan, kurangkan marah dan sentiasa senyum. Moga-moga IGames dilimpahi rahmat Allah dan diberkati bila hati-hati setiap pemain diselaputi niat untuk mendambakan pahala Allah swt.
Jumpa nanti di IGames Olomouc 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)