Throwback semula.
Tahun lepas aku menghadiri perjumpaan bersama doktor-doktor dari pelbagai bidang, pangkat dan jawatan. Ada consultant, doktor pakar, doktor pelatih dan juga 'medical officer'.
Refresh balik kata-kata seorang Consultant, sharing berkaitan kenapa dia meneruskan pembelajaran sehingga menjadi Consultant dan tak berhenti sharing ilmu-ilmu kepada semua melalui ceramah, CME dan sebagainya.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: " Apabila seorang Anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya". Hadith sahih, riwayat Muslim dan lain-lain.
Surah Al-An'am 165. " Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah- khalifah di muka bumi dan Dia mengangkat darjat sebahagian dari kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas kurnia yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun Maha Penyayang.
Darjat yang dimaksudkan boleh jadi rezeki yang lebih, akhlak yang baik, pangkat atau jawatan yang disandang.
Alhamdulillah, Allah telah memberi ruang kepada kita-kita menjadi doktor. Setelah bersusah payah belajar di bidang perubatan selama 6 tahun di luar negara. Diteruskan pula, berjaya mengharungi keperitan dan kesusahan sebagai doktor pelatih untuk mengejar lesen tetap doktor.
Kurniaan Allah memberi kita title Doktor perlu digunakan sebaiknya. Kita perlu meneruskan pembelajaran dan memberi ilmu yang berterusan melalui kerjaya ini. Kita perlu berterusan berusaha menimba ilmu dari segenap ruang.
"Do dakwah through your expertise". Manfaatkan expertise yang telah diberikan Allah kepada kita.
Yes, setiap darjat yang dipertanggungjawabkan pasti teruji. Namun, kita perlu kuat dan positif untuk meneruskan setiap tanggungjawab Allah pada kita, kerana Allah akan kembali bertanya apa yang telah kamu lakukan di muka bumi dengan darjat yang telah dikurniakan kepada kamu.
Maka, keep positive dan cuba harungi segalanya dengan baik. Allah akan permudahkan untuk kita jika itu yang terbaik untuk kita.