Friday, June 25, 2010

Tidur Selepas Asar




Assalamualaikum wbt,

Teringat dulu kisah-kisah semasa di tahun satu perubatan di sini. Kelas boleh dikatakan padat bermula jam 8pagi hingga ke 5 petang selangi dengan beberapa selang waktu rehat selama 15 minit setiapnya.

Dan kebiasaannya, pulang ke rumah akan terus tergolek di atas katil selama sejam, recharge energy untuk waktu yang efektif malamnya bagi mengulangkaji.

Baru-baru ni timbul persoalan mengenai tidur selepas asar hukumnya makruh, boleh jadi gila dan sebagainya. Mungkin ada kesannya dari segi kajian perubatan yang saya sendiri tidak tahu. Mungkin rakan-rakan pembaca boleh berkongsi sekiranya ada maklumat.

Terdapat satu kata-kata yang selama ini ramai diantara kita yang menganggapnya sebagai hadis, tetapi sebenarnya ia bukan. Ianya ialah hadis palsu. Ini seperti apa yang disebutkan oleh Imam Ibnu al-Jauzi, Al-Sayuthi dan juga Al-Zahabi.

((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)).

Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri.

(Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)(1)

Mungkin tidur selepas asar ada keburukan sekiranya boleh dibuktikan, akan tetapi tiada hadis sahih menyebutkan tentang hal ini. Jadi, hati-hati lah kita pada masa akan datang dalam menyandarkan sesuatu kepada nabi SAW.

Rujukan:
(1): 100 HADIS DHA'IF DAN PALSU YANG MASYHUR DI KALANGAN MASYARAKAT dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi.

9 comments:

shabariah said...

leh saya tau awk dapat dari mana artikel mengenai tido selepas asar nie??? n betul ker xde hadith yng berkaitan dengan tido selepas asar nie....

Abu Yaslam said...

Artikel mengenai tido lepas asar ni saya yang buat sendiri. Ianya timbul bila saya baca satu buku PDF bertajuk "100 Hadis haif dan Palsu Yang mashyur di Kalangan Masyarakat".

Hadis itu ada, tetapi ianya palsu. Boleh gak dianggap tak ada la. =)

shabariah said...

ooo...mcm 2 erk...ermnk tnye...ade tak...hukum mengenai tido lepas asar nie?

harry said...

kalau ikut pengalaman saya sendiri ler,slalu tidur lepas asar,akhirnya satu kali tu,bila bangun,lihat luar gelap subuh,segera bangun,mandi,pakai seluar baju skolah,masa tu skolah pagi,pakai kasut skolah,elok sampai kat pagar,mak ngan adik beradik lain panggil balik,mereka tanya nak pergi mana,saya jawab nak gi skolah ler,kemudian mereka punya gelak..rupanya waktu tu bukan subuh tapi waktu maghrib,dan bila saya fikir balik,memang terbuktilah,tidur lepas waktu asar memang boleh buat kita jadi mamai,jika tidak di bendung,mungkin akan jadi sasau atau gila dengan sendirinya.

Abu Yaslam said...

To Shabariah: Minta maaf reply lambat. Tak tersetting nak letak notification.

Hukum tu saya tak pasti. Tapi, kalau hadis pon dah palsu, dari mana sumber hukumnya untuk buat satu hukum pasal tidur lepas subuh? Saya kira tak ada hukum syariat untuk tidur lepas asar.

To Harry: Pengalaman individu memang boleh dijadikan pengajaran secara umum. Tapi pada saya tidak secara spesifik hukum itu datang dari islam. Tapi sekiranya kalau ada kajian saintifik membuktikan tidur lepas asar boleh membawa kepada gila, mungkin boleh diterima.

Bagaimana dengan mereka yang bekerja shift malam, yang hari siangnya@petang memang waktu mereka untuk tidur.

Hadis ni PALSU tak, bukan DHAIF(LEMAH). Jadi memang tak ada hadis ni.

Wallahua'lam.

shabariah said...

terima kasih....

am said...

jd perkara yg terbaik xpyh tdo la,pegi beriadah ke..kan senang...pilihan majoriti

Ahmed As-Selanjuri said...

Kalau ada hadith yg mengatakan nabi kita tidur pas asar, bolehlah diikuti..seperti "Qoilulah" tidur sblm zohur, ada hadithnya..

Anonymous said...

makruh jika membiasakan diri/menjadi habit tido lepas asar kecuali mmg mengantuk sgt, tak pe.....
<<>>