Thursday, April 29, 2010

Bahagia umpama kupu-kupu



Pahit

Masa lampau selalu sahaja dikenang. Sungguh indah mengenangkan masa lalu yang sangat membahagiakan. Namun, ada sahaja selingan-selingan masa lalu yang pahit. Kekadang masa lalu yang pahit inilah yang paling menghantui fikiran.

Mudah saja kita terpaku pada kisah yang telah lama berlalu sehingga minda membeku seperti sudah tidak ada jalan keluar. Suka saja kita merenung masa yang pahit itu. Padahal jika keluar dari kepompong masa lalu yang pahit itu, pasti akan ketemu bahagia.

Sasaran

Mudah sahaja kita merasa tidak puas dengan nikmat yang diberiNya. Bila sudah dapat apa yang kita kehendaki, rasa bahagia datang sementara, selepas itu pasti muncul pula sasaran baru yang ingin kita kecapi. Tidak salah untuk mempunyai target yang berperingkat dalam hidup. Tapi ada yang hidupnya sentiasa rasa cemas kerana risau jika target yang ingin dikecapi tidak kesampaian.

Kupu-kupu

Teringat semasa pergi ke Taman Rama-Rama dahulu kala. Kalau kita nak biar kupu-kupu dekat dengan kita, kita akan duduk dengan tenang tanpa bergerak, kupu-kupu sendiri yang datang dekat. Tapi jika kita bergerak dan berkejar-kejar mengejar kupu-kupu yang cantik itu, sampai ke sudah pasti tidak tercapai apa yang dikejar itu.

Begitu jualah kebahagiaan.

Bak kata seorang penulis buku, West Wisdom to Healing World " Kebahagiaan umpama kupu-kupu, apabila kita kejar, selalu terbang dan berada di luar jangkauan. Tetapi apabila kita tetap tenang ia akan hinggap pada kita".

Bak kata Dr Aidh Al-Qarni dalam bukunya yang popular, La Tahzan, beliau ada mengungkapkan " Carilah kebahagiaan dalam diri sendiri, bukan di sekitar dan diluar diri anda"

Bagaimana nak cari kebahagiaan dalam diri sendiri yer? ... Mungkin ada yang dah boleh berfikir...jika tak, insyAllah akan ada penyambungan di 'next post'...

" smile always"



Monday, March 29, 2010

Mengintai ketenangan



Ya Allah dengan rahmatMu, Ya Raheem ampuni daku,

ku mengintai ketenangan di antara kekalutan kerana keinginan tidak pernah kesampaian..

ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan, bangkit semula meneruskan lagi perjalanan,

ku memohon ketabahan kerana gelombang hidup dan dugaan mencabar,

ku anggap tiada jalan mudah, itu hanyalah suatu kejayaan yang tertunda,

kepayahan yang kurasakan mengajar erti kesabaran,

keperitan yang kurasa mengajar erti ketabahan,

sungguh insan memerlukanMu Tuhan,

di rimbun keampunan ku mencari keredhaan, melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa…

ku cari kejernihan di segenap ruang maya,

masih ku sedar, ku sedang diperhatikanMu Tuhan,

dengan rahmatMu, dengan kasih sayangMu, ampuni segala dosa-dosa ku ya Allah.

tetapkanlah hati kami,

jangan Kau bolak-balikkan hati kami yang telah Kau beri petunjuk.

berilah rahmat kepada kami.Sesungguhnya Kau Maha Pemberi..



Friday, February 19, 2010

Untukmu Suami


Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul...

Suamiku,
sungguh lancar sebuah akad,
terikat sudah segala janji,
tiada sudah segala penyekat,
diriku kini kau miliki.

Suamiku,
jika diriku diterima kerana kelebihan,
kau kan kecewa bila nampak kekurangan,
jika diriku diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang.

Suamiku,
moga jelas niat dan matlamat,
semuanya adalah keranaNya,
supaya hidup sentiasa berkat,
bahagia sampai ke syurga.

Suamiku,
kita dua insan berbeza,
cinta dan cita yang sama,
jadilah dirimu sebenarnya,
terimalah diriku seadanya.

Suamiku,
asam garam dalam rumahtangga,
khilaf dan salah pasti ada,
sama-samalah kita berlapang dada,
pemula maaf paling mulia.

Suamiku yang disayangi,
terima kasih akan segala teguran,
semuanya adalah untuk kebaikan,
sama-sama bergandingan tangan ke syurga idaman.

Suamiku,
berjanjilah padaku,
dengan kemuliaan dirimu,
kenalkan Sayang dan generasi kita,
pada kemuliaan Pencipta.

Khas dari isteri untuk suami ( special dedicate untuk suami saya)

(Edit sedikit dari sajak yang ditulis Fatimah Syarha Mohd Noordin dan juga ada yang saya reka sendiri)


Doa untuk Pengantin

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.

“Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”
(
HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)


Thursday, January 28, 2010

Ujian itu Realiti

Jendela

'Demi sesuap nasi, sanggup mereka mengorek tong2 sampah,' suamiku tiba2 memecahkan kesunyian.

Terus aku menoleh dan bangun menuju ke arah suamiku yang berada di jendela. Sama2 kami melihat ke arah 2 orang bangsa Czech, lelaki dan perempuan dlm lingkungan umur 40-an, yang sedang sibuk mencari kertas2 lama di dlm tong2 sampah. Insaf.

Terfikir jua sejenak keadaan ibu, anak2 kecil dan pemuda-pemudi di Palestin. Keadaan masyarakat Malaysia dgn isu yg bermcm2. Jenayah tak berhenti, perselisihan faham ttg isu sensitif dan kemiskinan di merata. Terbayang juga wajah keluarga2, sahabat handai dan diri...semuanya ada cerita yang tersendiri....ujian hidup yang tersendiri.....di sebalik senyuman yang manis itu..
Kalam Allah

Kubuka Al-Quran mukasurat yg mmg ku patut tadabbur hari ini..4 mukasurat dari surah Al-Imran..Subhanallah sungguh cantik jawapan Allah...(sila rujuk Al-Quran yer utk lebih jelas)

138: Inilah Al-Quran suatu keterangan yg jelas utk semua manusia dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi yang bertaqwa.

139: Dan jgnlah kamu merasa lemah, dan jgn pula bersedih hati, sbb kamu plg tinggi darjatnya jika kamu org beriman.

140: ......dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendpt pelajaran).......

142: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bg Allah org2 yg berjihad di antara kamu dan belum nyata org2 yg sabar.

143: Dan kamu benar2 mengharapkan mati syahid sblm kamu menghadapinya,maka sekarang kamu sungguh, telah melihat dan menyaksikannya.

145: Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya....

146: ......Mereka tidak menjadi lemah krn bencana yg menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kpd musuh dan Allah mencintai org2 yg sabar.

147: Dan tidak lain ucapan mrk hanyalah doa ' Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yg berlebihan dlm urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap org2 kafir.

148: Maka Allah memberi pahala di dunia (kemenangan,pujian) dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah mencintai org2 yg berbuat kebaikan.

150: ......Allahlah pelindungmu dan Dia penolong yang terbaik.

152: ......Di antara kamu ada orang yang mengkehendaki dunia dan di antara kamu ada pula yang mengkehendaki akhirat......

154: Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu.......sesungguhnya segala urusan itu di tgn Allah........Allah (berbuat demikian) utk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati.

Mujahadah

Allah pasti menguji setiap manusia. Pengertian ujian sungguh luas. Kesusahan adalah ujian..kesenangan jua adalah ujian...

'Kehidupan dan kematian telah dijadikan Allah memang sebagai medan ujian buat kita. Namun kejayaan adalah untuk mereka yang memahami bentuk ujian yang datang, dan seterusnya bertindak sesuai dengan ujian yang dihadapinya itu' (kata2 ni dipetik dari blog Ustaz Hasrizal).

'Dunia hanyalah tempat persinggahan,yang kekal hanyalah Akhirat sana'.. bait2 ini selalu sahaja disebut. Adakah kita benar2 menghayatinya??

Bila ditanya adakah kamu sudah bersedia utk mati? Pelbagai persoalan datang, cukupkah amalanku? Lepaskah aku di timbangan dosa dan pahala nnt? Layakkah aku masuk ke syurga? Perasaan takut mula timbul.

Dalam hati terdetik ' Adakah aku masih cintakan dunia? Kenapa aku takut untuk hadapi kematian yang pasti itu?

Sungguh hebat tentera2 masa Perang Badar dan juga rakyat2 di Palestin yang berkejar2 utk mati syahid....masyaALLAH...

Bila aku yang bercakap, telinga pertama yang mendengar adalah telingaku...
Bila aku yang membaca, mata yang pertama membaca setiap tulisan itu adalah mataku...
Bila aku yang menulis, bait2 yang ditulis adalah susunan yang dikarang oleh tanganku sendiri...
Maka siapakah yang pertama yang patut disampaikan apa yang ditulis ini? ...
Semuanya kembali kepada diri sendiri juga....waallahualam


Saturday, October 24, 2009

Formula (Pendapatan - Simpanan= Perbelanjaan)

Hilang

'Macam mana ni kak? Kejap je duit dah habis..Tak sedar mana pergi..Tup tap tup tap, berkurang dah angka-angka di bank saya ni..haih..,' keluh adikku di Prague ni.

'Agaknya kami makan mewah kot kak, suka beli baju2 dan jalan2..' keluh seorang lagi adik.

Perlu

Makanan, pakaian dan berjalan2 adalah keperluan. Cuma mungkin jangan keterlaluan. Tiada masalah nak berjalan2 sebab dari situlah kita dapat timba pelbagai pengalaman dan pengetahuan.

Peluang belajar di luar negara inilah membuka mata kita dengan lebih luas. Membuka mata untuk belajar berdikari dan menguruskan diri dengan baik termasuk pengurusan kewangan kita..ke mana wang kita pergi yer??


'Sharing is caring'

Semasa tahun pertama, kakak ipar saya ada memberi tips simple untuk menguruskan wang.

Bahagikan duit bulanan yang kita dapat kepada 3 bahagian mengikut 'percentage' atau ratio iaitu PERBELANJAAN, KECEMASAN dan SIMPANAN.

PERBELANJAAN kiranya perbelanjaan setiap bulan kita seperti sewa rumah, makanan, pakaian, pengangkutan dan sebagainya.

KECEMASAN pula seperti duit ubat bila demam, kena bayar denda tak bawa 'transport pass' ke atau pon berjalan2 ke luar Prague atau luar Czech.

SIMPANAN pula duit yang memang tak boleh disentuh dah. Kalo duit input bulanan 800 Euro dan kita tetapkan simpanan 100 Euro kiranya duit yang bole kita guna hanyalah 700 Euro.

Contohnya:

Duit input bulanan : 800 Euro

Jadi

perbelanjaan : 500 Euro
kecemasan : 200 Euro
simpanan : 100 Euro

12 bulan : 100 Euro * 12 = 1200 Euro setahun utk SIMPANAN. (kekadang bole lebih lagi sbb tak semestinya duit perbelanjaan dan duit kecemasan kita akan digunakan sampai habis, tp 'amount' 1200 Euro ni dikira minimum duit yang perlu disimpan dalam bank).

Kita boleh laa simpan duit ni dlm bank tetap kita utk simpanan masa depan tak kisah laa bank kat Czech ataupon kat Malaysia. Saya lebih senang menyimpan di bank di Malaysia. Boleh juga melabur di bank Malaysia untuk memperkembangkan lagi duit itu.

Alhamdulillah saya aplikasikan cadangan kakak ipar saya. Membuka mata saya utk menyimpan semenjak tahun pertama universiti lagi.

Jadi, formulanya simple jer ..Pendapatan-Simpanan = Perbelanjaan...senang kan??..Cubalah yang mudah ini dulu..insyAllah..



Mata duitan ke? Keduniaan?

Sibuk je fikir pasal uruskan duit. urm..adakah kita terlalu keduniaan?. Tak fikir pasal akhirat ke?

Islam itu menyeluruh. Semuanya ada Islam. Pendidikan, ekonomi, sosial, politik dan seluruh kehidupan kita. Dalam perancangan kewangan Islam, Allah adalah PEMILIK harta yang mutlak, kita sebagai manusia adalah PEMEGANG AMANAH. Sebagai pemegang amanah, kita perlulah menjaga amanah kita dengan sebaik2nya,bukanlah terlalu boros dan bukanlah terlalu kikir. Begitu baik sekali Hajah Rohani dalam buku 'KE MANA WANG ANDA?' membetulkan persepsi orang Islam tentang definisi harta.

Keinginan saya untuk belajar menguruskan kewangan semakin meninggi pabila saya sudah mendirikan rumahtangga. Buku 'KE MANA WANG ANDA?' sudah dibaca. InsyAllah sama2 kita berusaha menjadi pemegang amanah Allah dengan sebaiknya. info ke mana wang anda?

Saturday, October 10, 2009

Moga tenang di sana

Tenang

Tenang ketika berjalan2 di Muzeum pagi tadi. Masuk kedai yang tak pernah masuk. Seronok jugak 'explore' kedai baru. Melihat ibu dan si anak membaca peta utk ke destinasi mereka. Orang yang berpakaian coat 'shopping' di C&A. Nampak kelibat budak Malaysia yg tergesa2. Tak sempat bertegur sapa. Macam2 org di kawasan yang 'hectic' itu. Namun fikiran saya sungguh tenang hari ini.

Kesabaran

Berita kematian pak cik saya pagi tadi saya terima dengan tenang. Sudah 4 bulan pakcik menanggung sakit. Dia sakit tibi. Sukar bernafas, bergantung pada tangki oksigen utk bernafas. Dia terbaring di rumah. Badannya sangat kurus. Setiap kali habis tangki oksigen, anaknya yang menukar tangki oksigen yg ketinggiannya sama dengannya di hospital.

Makcik saya sungguh tabah dan sabar menjaga suami yang disayanginya. Suapkan makanan, mandikannya, bawanya ke tandas setiap kali utk membuang air. Jika makcik tiada di depan mata pakcik, pasti pakcik memanggil2 makcik. Tidak mahu berpisah walaupun sebentar.

Mereka juga ada berselisih sikit2. Al maklumlah, si pakcik inginkan perhatian si makcik. Si makcik pula sedang diuji kesabaran utk menjaga suami yang sakit.

'Ingat Mak Teh yer nana, jangan lupa Mak Teh di sini,' pesan makcik saya semasa hari raya.

Sabar yer makcik, kesabaran kamu insyAllah dinilai oleh Allah swt.

Airmata

Saya sempat menjenguk pakcik saya sebanyak 3 kali. Kali pertama di hospital sebelum saya berkahwin. Masih saya ingat pakcik menitiskan airmata. Pakcik banyak membantu semasa saya bertunang. Dia rasa sebak tidak dapat hadir dan membantu untuk majlis kahwin saya.

'Takpe pakcik, jangan sedih. Sabar yer,' saya menenangkannya. Saya menahan tangisan, tidak mahu dia nampak saya menangis.

Solat

2 kali lagi jumpa di rumahnya. Doktor memberi kebenaran untuknya pulang. Kali ketiga adalah pada hari raya ke-2 dan juga kali terakhir buat saya.

' Belajar rajin2 di luar negara. Jadi doktor yang bagus. Yang penting jangan tinggal solat. Jaga solat , jaga solat,' pesan pakcik.

Sungguh, hubungan dengan Allah jangan kita lupa supaya hubungan sesama manusia juga dapat dipelihara.

Tolak ansur

'Jangan gaduh2 sesama suami isteri, tolak ansur selalu,' tambahnya lagi buat saya dan suami yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Nasihat yang simple tapi penuh makna. Tolak ansur sangat penting sebab skop keluarga makin luas. Hati suami, hati mertua, hati ibubapa sendiri, hati adik beradik, hati adik beradik ipar dan hati sahabat2 perlu dijaga.

Terima kasih pakcik. Akan saya ingat nasihatmu itu. Sungguh kuat jiwamu melalui masa sakit selama berbulan2. Moga Allah tempatkanmu bersama orang-orang yang beriman. Moga kamu tenang di sana. Al-fatihah..

Tuesday, July 7, 2009

Perjalanan


Alhamdulillah segala exam2 saya sudah selesai buat masa ini..selepas ini akan meneruskan lagi perjuangan untuk tahun berikutnya..semoga dipermudahkan..

Maaf sangat2 kerna dah lama tak update blog ni. Post kali ni pon pendek jer. Sekadar nak update serba sedikit bagi sahabat2 yang tertanya2.=)

Sekarang ini saya disibukkan pula dengan urusan-urusan untuk majlis perkahwinan saya nanti, insyAllah pada 25 Julai 2009 dan 2 Ogos 2009 ni..moga segalanya diberkati olehNya..

Jemput lawat ke blog kami di sini ... http://yaqzanfiryal.blogspot.com/

Tadi baru sahaja baca blog sahabat..nak share pengalaman sahabat saya ni mengajar di sekolah tahfiz..sejuk hati lihat anak2 ini, saya paling tersentuh dgn kisah ayat pemurah dlm artikel kawan saya ni..jom baca klik di sini

Selamat meneruskan perjuangan buat semua shbt2, tak kisah laa yang masih exam,yg dh abis exam atau yg dah di Malaysia. Setiap titik hidup kita ini adalah perjuangan..kuatkan semangat..