Wednesday, April 1, 2009

Apabila doktor bertemu arkitek


'Apa yang menarik sangat tentang gambar yang awak ambil tu?' saya bertanya sebab pelik.

'Nampak tak kereta-kereta dan tram lalu di bawah bangunan tu,bukankah unik di situ.' jawabnya dengan tersenyum puas setelah menangkap gambar yang unik itu.


'Saya nampak ramai orang yang berjalan di atas Charles Bridge tu?' tanya Zaff.

'Aah,memang Charles Bridges hanya laluan untuk pejalan kaki sahaja.Salah satu laluan untuk ke kawasan Charles Castle.Pemandangan malamnya sangat indah, saya suka ke Charles Bridge waktu malam. Memang tak terkata keindahannya,Zaff.' semangat saya memberi sedikit gambaran tentang 'bridge' yang dikenali ramai itu.



Tibalah kami di Charles Bridge..

'Lorr,apsal awak tak cakap ada pelukis-pelukis jalanan dan jualan hasil-hasil kraf di atas 'bridge' ni?,Zaff bersuara.

Saya terdiam dan tersenyum malu. Saya tak teringat langsung tentang ada pelukis yang melukis di situ. Mungkin 'lupa' bukanlah alasan yang baik tapi alasan yang sebenar adalah kerana pelukis-pelukis dan seni mereka ini bukanlah satu perkara penting dalam diri saya.


Lama kami berhenti melihat perempuan ini melukis lukisan untuk pelanggannya yang mempercayai kemampuan seninya.

'Bagaimana kalau tiada orang yang hendak membeli hasil mereka ini? Mesti sedihkan?' saya bertanya.

'Sedih kerana hasil kreativiti tidak dihargai itu satu perkara,tapi satu perkara lagi yang paling penting adalah kepuasan dalam diri setelah melihat hasil tangan sendiri telah siap,' jawab Zaff dengan penuh emosi.





'Mata inilah bahagian yang paling penting dalam sesuatu lukisan. Jika matanya nampak 'real' sama seperti tuannya, sudah mampu untuk menutup kecacatan lain dalam lukisan' kata Zaff yang bakal 'graduate' bulan 7 ini dalam bidang arkitek.

'Untuk melukis memerlukan unsur keberanian. Berani untuk menonjolkan kreativiti yang ada dalam diri. Berani untuk mengunakan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik terbaru untuk menyerlahkan lagi lukisan-lukisan. Berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Bagus untuk memdedahkan anak-anak kita nanti untuk berlatih melukis sejak kecil bagi mewujudkan unsur berani dan kreativiti ini'.

Lama kami menghayati segala seni-seni yang ada di atas jambatan itu. Setiap gambar dan hasil kraf akan Zaff bagi pandangannya. Zaff tidak putus-putus mengambil gambar lukisan-lukisan dan juga bangunan. Katanya,' Seorang arkitek mendapat ilham untuk sesebuah bangunan adalah melalui gambar-gambar'.

Teringat saya semasa berjalan dengan Capeq,kawan baik saya,mengambil jurusan perubatan,di lokasi yang sama. Kami langsung tak tengok orang-orang yang melukis di atas jambatan itu. hehe


Dancing building yang cukup dikenali satu dunia. Aku mendengar pandangan Zaff dari dunia arkiteknya tentang struktur bangunan ini. Menarik..

Bila masuk kedai cenderamata,bukan cenderamata yang dilihat tapi 'design dalaman' kedai itu. Haih, tergelak saya.

Setelah berjalan-jalan dengan sahabat yang mengambil bidang yang jauh berbeza dari dunia perubatan ni,InsyaAllah,skop pemikiran menjadi luas. Seni-seni lukisan, sketching, struktur-struktur bangunan, bagaimana penghasilan sesebuah bangunan mula saya hargai.

InsyaAllah menampakkan lagi kepada kita tentang dunia luar selain dunia perubatan sahaja. Dalam dunia perubatan pun ada seninya juga. -peace-


Catatan Zaffan semasa pertemuan kami di Praha..
KLIK : PRAHA:SATU PERASAAN


9 comments:

H a r i z H said...

seni itu fitrah, cuma di mana fitrah itu muncul pada diri kita.

paling kurang, anda tidak tersilap pilih bidang, kan? =)

zaffankhalid said...

salam firyal

hehehe...terima kasih kerana melayan...sungguh, saya emosi ye?

kenangan di atas jambatan charles bridge lebih dari itu....kenangan selama kita bersahabat


sudah dijodohkan saya melayan sahabat-sahabat yang bakal mendirikan masjid terlebih dahulu =P


p.s: nanti lawat blog saya..ada entri terbaru. Praha: Satu Perasaan

wArdaTuL ShAuQaH said...

yup..seni itu ada di mana2..:)

seronok melihat bagaimana kawan saya ini menghargai seni..cara setiap orang memandang seni berbeza..

insyaAllah saya tetap berusaha meneruskan bidang yang saya telah pilih ini..

jzkk atas komen

wArdaTuL ShAuQaH said...

wslm zaffan sayang..hee...

yup kenangan di atas jambatan charles bridge saat kita sama2 lihat river tu saya tak cerita dlm story ni..itulah yang plg berharga di samping apa yang sy tulis ni..mmg ia lebih dari itu..

alhamdulillah saya bertemu sahabat yang tak penat2 melayan kerenah saya ni..penat kan layan saya..haha..haih..bilakah kitakan bertemu lagi..:)

terima kasih atas segalanya.

Alia Abdul Rashid said...

hehe..blh karang buku dia ni.. =) keep it up firyal...

dulu time bwk abg long]pn xterfikir nk tgk sgt org lukis2 dkt charles bridge tu kan..hehe

wArdaTuL ShAuQaH said...

jazakillah alia..awk lagi bole publish trus buku awk di pasaran..heee

trimas jgk alia sbb penah bwk abglong jln2 time tu..

abglong tu engineer,die penah komen ttg eskalator yg tinggi kt stesen metro Namesti Miru(if tak silap sy)..die kata sgt bahaya eskalator tu,kurg unsur keselamatan,patutnya eskalator tu dibuat berperingkat2 bukannya berterusan tinggi cmtu..die ade jgk bg pandangan ttg isu transport n minyak..haih mentang2 laa Petronas kn..

kebykn setiap org berfikir dan melihat sst perkara itu berdasarkn apa yg dah sebati dgn hidup hariannya..seorg arkitek berfikir cara arkitek,seorg engineer berfikir cara engineer..dan seorg doktor berfikir dr sudut doktor..pabila kesemua ini bergabung,muncullah combination idea2 dan pandangan yg luar biasa...betul tak?...hee

-peace-..aman sentiasa..

Noor Shazana Salim said...

jika melukis memerlukan keberanian,bagaimana pula dengan menulis blog??memerlukan keberanian bukan??

al-aman said...

salam ziarah...

nasihat menasihati amalan kita...

posting yg bagus, buka mata kita semua. situasi di sana juga sama seperti d sini (mesir).

akhawat malu jika bersama dgn lelaki Malaysia, tp bila dgn arab, selamba plk... perlu difikirkan balik

er, sedikit teguran, bukannya 'ikhilad' tapi 'ikhtilat'... اختلاط drpd perkataan asalnya خلط ... bermkna campur.

wArdaTuL ShAuQaH said...

to Noor Shazana Salim: betul shana, menulis blog jg perlukn keberanian,sy sdg blaja utk berani menulis..keberanian sukar utk dikuasai,kuakui diri ini msh belum berani..:)..shana!! keep it up..

to al-aman: oo,terima kasih atas perkongsian ttg situasi di mesir.tak terfikir sy ttg situasi di sini juga dialami di sana.tp perkara ini mmg perlu dimuhasabah smula,sbb terlalu byk cth2 yg tlh dilihat..:(
jazakallah atas teguran perkataan ikhtilat itu, al-maklumlah sy ni tak belajar Arab,tahu sikit2 shj bhs Arab..kene blaja byk lg..