Monday, December 16, 2013

Jarak Jauh

Lagu Kau Pemilik Cinta 

Niat di hati ingin membuka Youtube untuk mendengar nasyid-nasyid yang syahdu, peneman diri belajar subjek Paediatric di bumi Olomouc. Tanpa disedari, tanganku tertekan kekunci komputer secara rawak. Ok. Ku akur sahaja lagu yang dimainkan. 

Sambung belajar sambil dengar lagu itu. Lagunya menenangkan. 

"Lemah diri ini hidup bersendiri" ....ku tersentap sebentar. 


Suami dan anak 

Ya, kini sudah 10 hari mereka pulang ke Malaysia. Atas sebab pelajaran dan kewangan, kami membuat keputusan untuk suami dan anak pulang dahulu. 

Perpisahan sementara ini, kemungkinan selama 2-3 bulan. Satu waktu yang lama, buat diri yang sudah 4 tahun bersama dengan suami. 

Namun, ku bersyukur atas ujian ini. Alhamdulillah. Ia banyak mengajar diri menjadi lebih berdikari. Dan juga barulah mengenal erti rindu. Juga memahami pengorbanan dia selama ini dan mula kubelajar menghargainya lebih dari sebelum ini. 

Terima kasih Allah atas semua ini kerana Kamu sayang hambaNya yang lemah ini. 

No comments: