TANGISAN Malam yang tenang. Irama lagu 'Aku MencintaiMu' nyanyian EdCoustic seiring dengan renungan mendalam mataku ke luar jendela.
Hatiku kelam. Jiwaku kosong.
'Aku dah penat. Aku sangat penat,' aku merintih. Sudah kering airmata ini untuk keluar. Dah tak mampu aku untuk menangis lagi,walaupun diri ini masih ingin meneruskan tangisan.
Aku tak nak dipandang rendah.Aku tak mahu orang melihat aku tidak kuat. Telah aku cuba untuk tidak menangis, tetapi itu sahajalah cara aku supaya segala kekuatan itu kembali semula.
Seiring dengan tangisan,pasti ada kata-kata semangat yang keluar dari mulut orang-orang yang prihatin. Alhamdulillah ada yang masih mampu melayan kerenah aku yang tak sudah-sudah menangis. Penat untuknya mendengar permasalahan yang sama dan memberi nasihat yang sama. Memang penat.
Nasihat yang diberi memang sangat bermakna. Namun, apabila teori-teori yang diberi cuba diaplikasi dalam dunia realiti. Sangat sukar. Memang sukar. Payah.
PUTARANSudah bertahun aku mencuba. Berkali-kali aku cuba mengatasinya, kadang-kadang aku berjaya,tapi selalunya aku tak berjaya.
Bila sudah berjaya,bersemangat untuk mencuba lagi. Namun, yang seterusnya selalu tak berjaya semula. Dan akhirnya, diri jatuh semula. Menangis,menangis dan terus menangis. Kata-kata semangat kembali berlingkar di telinga.Dan diri berusaha mencuba untuk bangkit semula dari kejatuhan tadi. Putaran ini berterusan.
PENATMemang penat. Sangat penat. Penat untuk semua orang. Penat untuk orang yang menangis dan penat untuk orang yang sentiasa membantu.
Bila putaran ini dapat dihentikan? Bilakah? Jika putaran itu pada permasalahan yang berbeza. Aku boleh menerimanya. Namun, permasalahan ini adalah masalah yang sama setelah bertahun-tahun hidup di dunia ini, semenjak kecil lagi tapi langsung tiada peningkatan.
Trauma yang dialami sepanjang hidup kerana kurangnya keyakinan dalam diri ini masih tidak dapat aku lupakan. Gelak-tawa orang, pandangan sinis dan muka kekecewaan orang masih bermain di fikiran. Pandangan sinis inilah yang membuat aku berterusan kurang keyakinan. Selalu sangat aku berfikir tentang fikiran orang lain sehingga membantutkan apa yang aku ingin lakukan atau sampaikan.
Masalah ini memang perlu ditangani supaya kehidupan menjadi lebih baik. Tapi, sampai bila putaran ini akan berputar? Aku sangat penat. Aku betul-betul penat.
KATA TAMBAHAN"Sahabat-sahabat diperlukan sebagai sokongan. Tetapi,masalah dalam diri hanya mampu diatasi dengan
kekuatan dalam empunya badan sendiri. Jika kita yang mendayung sampan, maka kita sahajalah yang patut bertanggungjawab meneruskan pendayungan sampan itu sehingga ke tepian" ............